Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu pelancong China: Malaysia sedia minta maaf
Diterbitkan:  Nov 25, 2005 12:41 PM
Dikemaskini: Jan 29, 2008 10:21 AM

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid berkata Malaysia akan meminta maaf kepada China berhubung layanan buruk yang diberikan kepada wanita rakyat China yang melawat negara ini.

"Sudah tentu kita akan meminta maaf bagi kesilapan yang dilakukan. Tiada salahnya mengakui kesilapan yang dilakukan,"tegasnya.

Beliau akan memaklumkan kepada wakil China bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak pernah memandang serong terhadap wanita dari negara itu atau menganggap kedatangan mereka ke Malaysia bertujuan melakukan perkara yang tidak baik.

Menurut laporan Bernama, beliau bgaimanapun berkata, usaha meyakinkan rakyat China bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak pernah menjadikan wanita negara itu sasaran dalam tindakan mereka tidak akan membawa sebarang erti sekiranya tanggapan negatif itu terus wujud.

"Malah, lebih malu lagi kalau saya pergi sana cakap lain, di sini, buat lain," katanya kepada pemberita hari ini.

Azmi berkata Jabatan Imigresen tidak pernah menganggap bahawa wanita-wanita dari China memasuki Malaysia adalah untuk tujuan yang salah dan bukan dasar jabatan itu untuk membuat andaian sedemikian terhadap mana-mana pelancong yang memasuki negara ini.

Beliau berkata demikian apabila di minta menjelaskan arahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar beliau pergi ke China untuk memulihkan keyakinan rakyat negara itu berikutan laporan bahawa wanita China menerima layanan buruk semasa berada dalam tahanan polis di negara ini.

BaAzmi berkata Jabatan Imigresen tidak pernah menganggap bahawa wanita-wanita dari China memasuki Malaysia adalah untuk tujuan yang salah dan bukan dasar jabatan itu untuk membuat andaian sedemikian terhadap mana-mana pelancong yang memasuki negara ini.

Bagaimanapun, menurut Azmi, kemunculan klip video yang menunjukkan seorang pegawai polis wanita sedang mengarahkan seorang wanita yang kelihatan seperti seseorang berbangsa Cina membuat ketuk ketampi, boleh menyulitkan tugas beliau semasa di China nanti.

Azmi berkata perbuatan merakam peristiwa itu mungkin salah tetapi perkara lebih membimbangkan ialah perbuatan menyalahguna kuasa.

"Saya sedih jika ia melibatkan polis dan seorang wanita asing. Tapi, perkara yang paling menyedihkan saya ialah kehadiran seorang polis wanita yang memakai tudung. rakaman klip video


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS