Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua Pembangkang Datuk Seri Zahid Hamidi dipertimbangkan untuk dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di parlimen, kata menteri undang-undang Liew Vui Keong.

Menjawab soalan, Liew berkata presiden Umno adalah calon tunggal yang dipertimbangkan untuk menjawat jawatan itu.

“Bagi pembangkang, seorang sahaja (calon), yang tadi sebut itu, tak perlu sebut banyak kalilah,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Bagaimanapun, katanya, terserah kepada Zahid sama ada mahu menerima jawatan itu atau tidak.

“Kalau dia nak, saya rasa itu akan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dan pihak speaker,” kata Liew.

Semalam, timbalan speaker Nga Kor Ming berkata anggota parlimen pembangkang dipertimbangkan untuk mengisi jawatan itu.

Lihat Komen
ADS