Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ratu Naga bebas dari tuduhan hina Najib
Diterbitkan:  Jul 25, 2018 3:53 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Pendakwa menarik balik tuduhan ke atas seorang anggota PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah, yang didakwa menghina Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Syarul Ema, Latheefa Koya, berkata pihak pendakwa memaklumkan kepada mahkamah bahawa Peguam Negara Tommy Thomas menerima hujah peguam bela sebelum ini.

Justeru katanya pihak pendakwa memutuskan tuduhan ke atas Syarul Ema - yang lebih dikenali dengan nama gelaran Ratu Naga - dibatalkan.

Sesuai dengan itu Mahkamah Sesyen Sepang membebaskan Syarul Ema.

Wanita itu didakwa kali pertama pada Feb 2016 mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung komen dimuat naik di Facebook.

Ia berkait dengan Najib dan Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPPA).

Sebelum ini Syarul Ema memohon agar kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan kesahihan seksyen tersebut dinilai sama ada selaras dengan perlembagaan atau tidak.

Bagaimanapun mahkamah tinggi menolak permohonan tersebut.

Kes berkenaan dibicarakan di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Kata Latheefa disebabkan tuduhan ke atas Syarul Ema ditarik balik, kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Rayuan itu tergugur.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo sudah menyatakan Putrajaya akan mengkaji semula seksyen 233 akta berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS