Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRK Sg Kandis: Anggota PAS boleh undi mana-mana calon

PAS mengambil pendekatan terbuka dan tidak menghalang anggotanya untuk mengundi mana-mana calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

"Kita terbuka," kata Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ringkas ketika diajukan soalan calon mana yang wajar diundi oleh anggota PAS.

Pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis menyaksikan perlawanan antara calon BN, PKR dan Bebas selepas PAS mengambil keputusan untuk tidak bertanding.

Susulan itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melabel Pas dan BN sebagai 'adik-beradik'.

Bagaimanapun, PAS menafikan dakwaan berkenaan apabila setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa tindakan tidak bertanding tidak bermakna partinya itu akan bekerjasama dengan Umno.

Namun, Takiyuddin menggesa supaya anggota partinya membuat pilihan berdasarkan pertimbangan "wajar" demi kepentingan Islam dan Melayu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga menafikan dakwaan partinya memberi laluan kepada Umno sebaliknya keputusan tidak bertanding dibuat atas pertimbangan pelbagai faktor.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan pula mengeluarkan kenyataan bahawa parti berkenaan tidak bertanding pada pilihan raya kecil tersebut kerana tidak mahu memecahkan undi agar Pakatan Harapan (HARAPAN) dapat ditewaskan.

Lihat Komen
ADS