Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perkahwinan kanak-kanak patut dibenarkan? Ini jawapan Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, meskipun Islam membenarkan perkahwinan bawah umur, namun kerajaan melihat kepada maslahat (keperluan) yang lebih besar.

Menurut menteri agama, berdasarkan siasah syar'iyyah, kerajaan mahu mengharamkan perkahwinan bawah umur bagi mengelak berlakunya eksploitasi golongan itu.

"Kalau kita ketatkan (kawalan), ia bersifat sementara sahaja. Isu perkahwinan kanak-kanak ini adalah untuk melindungi kanak-kanak bawah umur.

"Kita kena ambil satu sikap, biarpun dia (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) kata dalam Islam dibenarkan.

"Perkara itu boleh, tapi kita kena faham maslahat kepentingan awam yang lebih besar terutama pelindungan pada kanak-kanak dan banyak kes perkahwinan bawah umur ini lebih kepada eksploitasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Ia sebagai mengulas soalan pemberita berhubung kenyataan Mohd Amar, timbalan menteri besar Kelantan, yang tidak setuju pengharaman perkahwinan kanak-kanak dilaksanakan atas alasan “dari segi agama ia tidak salah”.

Lihat Komen
ADS