Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Zawawi Mughni menjelaskan terdapat salah faham berkaitan kontroversi pesta durian yang dikaitkan dengan kempen PKR di Sungai Kandis.

“Kita setuju apa yang diutarakan oleh BERSIH dan saya difahamkan program ini telah ditangguhkan selepas PRK dan ia sebenarnya bukan anjuran kami, bilik gerakan dan parti.

“Ia sebenarnya diadakan di luar kawasan DUN Sungai Kandis yang mana ia berada di DUN Kota Kemuning.

“Ada pihak tertentu menganjurkan program tanpa menghubungi kami dan kemudian mereka menyebarkan.

“Jadi, saya rasa salah faham ini tidak wajar berlaku lagi,” kata calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Semalam, BERSIH membidas festival durian anjuran sebuah koperasi berkaitan kerajaan Selangor di Sungai Kandis yang dikatakan bakal menampilkan Menteri Besar Amirudin Shari dan Zawawi.

BERSIH mengkritik acara itu sebagai rasuah dan melanggar peraturan pilihan raya.

Zawawi dalam sidang media harian di DUN itu hari ini bagaimanapun menjelaskan wajahnya diletakkan dalam kain rentang program tanpa kebenaran dan makluman awal.

Zawawi bagaimanapun berkata tidak akan mengambil tindakan undang-undang selepas pihak penganjur menangguhkan program terbabit.

Program itu akan menyaksikan 1,000 biji durian ditawarkan secara percuma kepada penduduk setempat.

Lihat Komen
ADS