Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Proton berjaya dipandu 640km dengan hanya satu tangki penuh'
Diterbitkan:  Jul 26, 2018 2:48 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Pengembaraan Proton 1-Tank Proton Holdings Bhd di Wilayah Tengah berakhir dengan kejayaan pada 18 Julai 2018, membabitkan 36 peserta dalam 18 kereta yang meliputi jarak sejauh 640 kilometer, dengan hanya dengan satu tangki penuh bahan api.

Peserta yang terdiri daripada pengamal media, selebriti serta orang awam, memandu sama ada Proton Saga 1.3 transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT), Persona 1.6 CVT atau Iriz 1.3 CVT, dari Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam ke Ipoh dan kembali ke Setia Gemilang Auto, Shah Alam.

Perjalanan bermula di lebuh raya dengan peserta memandu laju antara 80km/jam dan 100km/jam sebelum memandu 60km/jam hingga 80km/jam di jalan alternatif dengan lalu lintas lain, projek pembinaan jalan, lori dan keadaan jalan harian biasa, kata syarikat pembuat kereta nasional itu dalam satu kenyataan.

Sebelum berakhir di garisan penamat, peserta melalui pengalaman pemanduan dinamik dan menggembirakan kenderaan PROTON, yang dilengkapi ciri keselamatan aktif ASEAN Lima Bintang kereta Persona dan Iriz, seperti kawalan kestabilan elektronik dengan kawalan cengkaman dan sistem brek anti-kekunci.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS