Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib sekali lagi nafi terlibat hantar surat pada CIA
Diterbitkan:  Jul 26, 2018 11:01 PM
Dikemaskini: 3:08 PM

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menafikan penglibatannya dalam surat bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) sebelum PRU ke-14.

"Sekali lagi saya tegaskan tidak tahu tentang surat itu, dan tidak pernah melihatnya atau mengeluarkan arahan agar ia ditulis atau dihantar," kata bekas perdana menteri dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook malam ini.

Beliau membangkitkan tarikh yang tertera di surat itu - 4 Mei 2018 - iaitu ketika parlimen sudah dibubarkan dan beliau terlibat dalam kempen BN ketika itu.

"Ini bermakna negara beroperasi bawah kerajaan sementara. Saya sudah pun berkempen untuk PRU yang diadakan lima hari kemudian.

"Surat itu juga menggunakan kepala surat agensi itu dan bukannya Jabatan Perdana Menteri. Ia bukan ditandatangani saya tetapi ketua agensi itu," katanya.

Hari ini Najib dilaporkan berkata surat itu tidak sepatutnya bocor memandangkan ia adalah rahsia kerajaan.

Ini rahsia kerajaan, kalau dedahkan maknanya tak ada apa-apa lagi yang boleh dianggap sebagai rahsia dalam negara," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menggesa siasatan menyeluruh terhadap perkara itu.

Dalam kenyataan di Facebook itu, anggota parlimen Pekan bagaimanapun mengatakan kenyataannya itu dipetik di luar konteks.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS