Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Naib Presiden PKR Xavier Jayakumar berkata calon Umno untuk pilihan raya kecil Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam telah melupakan asal-usulnya.

“Saya kenal Lokman dari waktu Reformasi 1998 ketika dia bersama kita.

“Lokman sudah lupa siapa tolong dia bila dia ada masalah besar pada 1998 dan bila dia ditangkap bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“(Dia lupa) bagaimana kami jaga anggota keluarganya dan perkara-perkara sebegitu,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Lokman antara pengasas PKR dan menjadi pemimpin pusatnya pada 2002.

Selepas dipecat, Lokman memilih kembali kepada parti lama Umno dan kini menjadi anggota Majlis Tertinggi (MT).

Xavier berkata demikian ketika ditanya tulisan Lokman di Facebook yang mendakwa “tarian LGBT” dipersembahkan dalam majlis kutipan dana Tabung Harapan.

Lokman bertanding menentang calon PKR Zawawi Mughni dalam pertembungan tiga penjuru bersama calon bebas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Lokman berkaitan kenyataan Xavier.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS