Kadir nafi Majlis Penasihat, pemimpin HARAPAN tak sependapat
Bekas jurucakap Majlis Penasihat Kerajaan Datuk A Kadir Jasin menafikan terjadi ketegangan di antara majlis penasihat berkenaan dengan kerajaan.
Kabinet yang menguruskan negara. Dakwaan terjadi persaingan kuasa dan perbezaan pendapat di antara kerajaan dan Majlis Penasihat Kerajaan adalah kerja orang yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Wartawan veteran itu berkata demikian sebagai mengulas laporan yang mengatakan Majlis Penasihat Kerajaan tidak sependapat dengan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung keputusan-keputusan kerajaan.
Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sesi di parlimen sebelum ini mempersoalkan bidang kuasa dan tanggungjawab Majlis Penasihat Kerajaan yang anggotanya "tidak dipilih melalui undian".
Mengulas perkara itu, Kadir berkata, semua pihak tahu Majlis Penasihat Kerajaan tidak dipilih.
"Jika mereka dipilih, mereka akan berada di dalam parlimen menjawab Khairy," katanya.
Dalam sidang sama, Khairy juga menuduh Tun Daim Zainuddin sebagai melebihi bidang kuasanya sebagai pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan apabila menggesa bekas hakim negara Tun Md Raus Sharif meletakkan jawatan.
"Sebagai anggota parlimen dan bekas menteri, rakyat berharap agar dia memeriksa dulu fakta yang diberikannya.
"Betulkah dia (Daim) minta Raus (letakkan jawatan)? Jika tidak, ia kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan perlu meminta maaf," kata Kadir.
Kadir juga menggesa agar pihak yang menulis kepada media tentang Majlis Penasihat Kerajaan perlu memohon maaf kerana menggunakan "imaginasi liar".

