Pihak pendakwaan hari ini menarik balik pertuduhan menghasut terhadap kartunis politik Zunar dan anggota parlimen Padang Serai N Surendran.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zaki Asyraf Zubir memberitahu hakim mahkamah sesyen bahawa mereka tidak lagi berminat meneruskan kes terhadap Zunar.

DPP Norinna Bahadun juga menyatakan perkara sama berkaitan kes terhadap Surendran.

Susulan itu, hakim Zamri Bakar membenarkan pertuduhan terhadap kedua-dua pihak itu ditarik balik.