Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), yang diasaskan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2012, akan menamatkan operasinya mulai esok.
Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Nasharudin Mat ISA yang juga bekas timbalan presiden PAS.
Nasharudin berkata penutupan itu dibuat bagi mengikuti “arahan diberikan”.
Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut berkaitan perkara itu dalam kenyataan ringkasnya itu hari ini.
Najib menubuhkan GMMF sebagai platform perbincangan berkaitan hal ehwal kesederhanaan bagi melawan keganasan.
Ia terkenal dengan penganjuran perbincangan dan penerbitan kertas-kertas berkaitan.
Pengkritik seperti kumpulan Melayu ternama G25 dan anggota parlimen DAP Lim Kit Siang sering mendakwa GMMF tidak menyentuh berkaitan isu-isi tempatan.
April tahun lalu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Nasharudin menerima wang dari Najib yang didakwa berpunca dari anak syarikat 1MDB SRC International Sdn Bhd.
Nasharudin menafikan dakwaan itu dan mendesak SPRM menyiasatnya.
Dua bulan lalu, seorang lagi bekas CEO GMMF yang kini menjadi menteri luar Datuk Saifuddin Abdullah, turut mencadangkan yayasan itu ditutup, tapi tidak menyatakan sebabnya.
Najib mencadangkan pembentukan GMMG pada 2010 ketika bercakap di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
