Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
MH370: Kawalan pesawat dimanipulasi ubah haluan cara manual
Diterbitkan:  Jul 30, 2018 10:19 PM
Dikemaskini: 2:23 PM

Para penyiasat yang menerbitkan laporan kehilangan pesawat MH370 hari ini berkata kawalan kapal terbang Boeng 777 itu dimanipulasi bagi mengubah haluannya tetapi masih tidak dapat mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab melakukan hal itu, lapor Reuters.

Menurut Reuters  laporan siasatan keselamatan MH370 setebal 495 halaman itu tidak membuat sebarang kesimpulan apa yang terjadi di dalam kapal terbang yang hilang bersama 239 orang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2015, menjadikan ia misteri penerbangan di dunia.

"Jawapannya hanya konklusif jika serpihan pesawat ditemui," Datuk Kok Soo Chon, ketua pasukan penyiasat keselamatan MH370 memberitahu pemberita.

Kok dipetik Reuters berkata penyiasat mengkaji sejarah juruterbang dan pembantu juruterbang dan mereka berpuas hati dengan latar belakang, latihan dan kesihatan mental mereka.

"Kami tidak berpendapat ia mungkin merupakan satu peristiwa yang dilakukan oleh juruterbang," katanya, tetapi menambah mereka tidak memutuskan apa-apa kemungkinan memandangkan sistem balikan udara dihidupkan secara manual dan sistem pesawat itu juga dimatikan secara manual.

Campurtangan pihak ketiga

"Kami tidak boleh mengecualikan bahawa terdapat campurtangan yang menyalahi undang-undang oleh pihak ketiga," kata Kok, petik Reuters.

Laporan keselamatan yang akan dibentangkan ke parlimen esok itu juga menyebut tiada tanda pesawat itu cuba mengelakkan dikesan radar atau diambil alih oleh alat kawalan jauh.

Selain itu, tiada penyelewengan yang ditemui dalam kargo di atas kapal, termasuk barangan seperti bateri litium dan kira-kira 2,500 kg manggis.

Menurut Reuters penyiasat turut menonjolkan beberapa kesilapan yang dibuat oleh pusat kawalan trafik udara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh City dan membuat cadangan keselamatan untuk memastikan insiden tersebut tidak berlaku lagi.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia akan mempertimbangkan untuk meneruskan pencarian itu hanya jika petunjuk baru muncul.

Menteri Pengangkutan Antony Loke dalam satu kenyataan berkata Malaysia akan menyiasat sebarang salah laku yang dilakukan berdasarkan hasil laporan berkenaan.

Lihat Komen
ADS