RUU mansuh GST dibentang di parlimen esok
Diterbitkan: Jul 30, 2018 11:30 PM | Dikemas kini: Jul 30, 2018 11:32 PM
PARLIMEN | Rang Undang-undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan (Mansuh) 2018 akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan pertama esok bersama empat RUU lain yang berkaitan.
Hal ini menurut aturan mesyurat parlimen bagi sidang besok hari.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga dijangka akan membentangkan RUU lain iaitu RUU Cukai Jualan 2018, RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Kastam (pindaan) 2018 dan RUU Zon Bebas (pindaan) 2018.
Memansuhkan GST dan menggantikannya dengan SST merupakan antara sepuluh janji Pakatan Harapan dalam masa 100 hari pentadbirannya.

