Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan sabotaj RUU SST, kata Guan Eng pada senator BN

PARLIMEN | Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengingatkan Dewan Negara yang dikuasai senator BN agar tidak mensabotaj rang undang-undang cukai jualan dan perkhidmatan (SST), yang dijangka dibawa ke Dewan Negara pada 20 Ogos ini.

Beliau berkata kerajaan akan berdepan masalah kewangan jika pelaksanaan SST - dijangka bermula 1 September ini - terpaksa ditangguhkan kerana tidak diluluskan Dewan Negara.

"Saya bertanya jika pembangkang setuju SST menggantikan GST kerana pembangkang kuasai Dewan Negara. Adakah (anggota) Dewan Negara diarahkan untuk menolak SST.

"Saya harap dalam perkara ini, (senator) dapat menghormati mandat rakyat yang membuat pilihan (pada PRU ke-14), katanya ketika menggulung perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, beliau berkata sebarang gangguan bermotif politik tidak wajar kerana ia akan memberi impak kepada kewangan negara.

28 daripada jumlah 51 senator adalah daripada BN manakala Pakatan Harapan (HARAPAN) hanya diwakili tujuh senator.

Rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Rakyat akan dibawa ke Dewan Negara sebelum diwartakan.

Lihat Komen
ADS