Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Pengarah universiti disingkir untuk pastikan reformasi institusi

Kerajaan menggantikan pengarah universiti awam yang dirasakan tidak dapat membawa agenda reformasi institusi, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Kenyataan itu selepas laman The Malaysian Insight melaporkan tiga anggota lembaga pengarah Universiti Malaya (UM) telah ditamatkan perkhidmatannya.

"Ia bukan tentang membuang mereka, tetapi tentang mempunyai kepimpinan baru dengan idea yang segar," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau berkata mereka yang disingkirkan itu juga merupakan lantikan politik.

Ketika ditanya sama ada lebih ramai pengarah universiti yang akan disingkirkan, beliau hanya menjawab "tunggu dan lihat".

Mengulas lanjut, beliau berkata penyingkiran pengarah itu juga selari dengan langkah menukar pegawai tinggi dalam pelbagai agensi kerajaan dan GLC.

Menurut laporan, pengerusi lembaga pengarah UM Datuk Dr Zakri Abdul Hamid, serta Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim dan Tan Sri Lim Wee Chai ditamatkan perkhidmatan sebelum tempoh yang sepatutnya.

Pemangku registrar UM Mahamad Apandi Khalib berkata keanggotaan mereka dalam syarikat dan subsidiari yang berkaitan dengan universiti, serta jawatankuasa yang berkaitan dengan lembaga pengarah, turut ditamatkan.

Lihat Komen
ADS