Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AUKU akan dimansuh dalam 5 tahun, kata timbalan menteri

PARLIMEN | Pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menetapkan tempoh lima tahun untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) seperti yang dinyatakan dalam manifesto pilihan raya, menurut Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching.

Beliau menjelaskan kementerian memerlukan lebih banyak masa untuk menghapuskan akta itu dan menggantikannya dengan undang-undang baru, kerana ia memerlukan waktu bagi mengkaji dan melakukan perundingan bersama semua pihak berkepentingan.

"Saya rasa selaras dengan AUKU dimansuhkan dan ganti akta baru, kita perlu masa untuk buat consultation.

"Kementerian sasar tempoh lima tahun untuk laksanakan manifesto itu," beliau memberitahu Dewan Rakyat dalam sesi soal jawab hari ini.

Menurut beliau, ementerian pendidikan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 12 anggota pelbagai latar belakang untuk mengkaji AUKU dan berunding dengan pihak berkepentingan.

Lantikan politik dalam universiti

Bagi langkah jangka pendek, beliau berkata kementerian akan memansuhkan peruntukan yang menghalang pelajar daripada berpolitik dalam kampus.

"Kita tiada halangan untuk BN dan Pakatan Harapan masuk universiti, bukan untuk isu politik tetapi kongsi pandangan ," katanya.

Manakala itu, beliau juga mengesahkan Menteri Pendidikan Maszlee Malik bertemu dengan naib canselor dan timbalan naib canselor universiti awam.

Teo memberikan jawapannya selepas Datuk Seri Idris Jusoh (BN-Besut) mempersoalkan jika Maszlee telah bertemu dan mengancam naib canselor dan timbalan naib canselor untuk menyokong pentadbiran HARAPAN.

Bagaimanapun, Teo memaklumkan beliau tidak menghadiri mesyuarat itu.

Idris juga juga bertanya kenapa perlu mengetepikan lembaga pengarah universiti awam.

"Pada zaman BN, memang ada perlantikan politik dalam universiti, kalau kita sekarang di zaman baru dan Malaysia baru, kita nak bawa pemimpin baru dengan idea yang segar, apa salah?

"Janji Pakatan Harapan... kita takkan lantik ahli politik," jawab Teo pada soalan Idris.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS