Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sekolah, universiti diarah berhenti langgan Utusan Malaysia
Diterbitkan:  Aug 1, 2018 3:41 PM
Dikemaskini: 9:04 AM

Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk berhenti melanggan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Sebuah memo berhubung perkara itu dikeluarkan melalui Wan Saiful Wan Jan yang merupakan penasihat khas kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

"Untuk makluman, menteri pendidikan memohon agar langganan suratkhabar Utusan Malaysia bagi semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej, dan semua institusi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia dibatalkan serta-merta," kata memo berkenaan.

Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas.

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan ketika dihubungi mengesahkan memo berkenaan.

Pegawai berkenaan yang minta namanya tidak didedahkan berkata Kementerian Pendidikan juga sedan meneliti untuk membatalkan langganan suratkhabar lain.

"Ini bagi menjimatkan kos kerana pada hari ini berita sama boleh dibaca di atas talian," katanya.

Utusan dilihat mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, suratkhabar berkenaan sekian lama mendapat sokongan kerajaan kerana kaitannya dengan Umno.

BN yang diterajui Umno tewas dalam pilihan raya umum bersejarah 9 Mei lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS