Malaysiakini
BERITA

Firma China nafi dana diseleweng untuk bantu 1MDB bayar hutang

Diterbitkan
Dikemaskini 1 Ogs 2018, 9:28 pagi

China Petroleum Pipeline Bureau (CPP) menafikan dakwaan pinjaman yang diterimanya untuk projek saluran paip gas di Malaysia telah disalah guna.

Ini ekoran dakwaan pinjaman CPP diubah dan digunakan untuk membantu 1MDB membayar hutang.

"Kami mahu menjelaskan kesemua dana daripada Exim Bank hanya dibayar terus kepada akaun bank CPP.

"Ini selaras dengan peraturan perbankan antipenggubahan wang haram, regulasi dan perjanjian yang sah di sisi undang-undang serta ditandatangani.

"Tidak ada sama sekali dana yang dibayar kepada sebarang syarikat pihak ketiga yang berpengkalan di Cayman Island dan/ atau apa juga syarikat-syarikat," kata CPP dalam suatu kenyataan hari ini.

Firma itu mendakwa sebarang tuduhan yang sebaliknya adalah "sama sekali tidak benar."

'Pulau Pinang beku tanah' 

Pihak berkuasa Malaysia dilaporkan berkata mereka percaya sebahagian daripada pinjaman AS$2 bilion untuk CPP telah dialihkan ke akaun milik Silk Road Southeast Asia Real Estate Ltd, sebuah syarikat China yang berpengkalan di Cayman Islands.

Semalam, parlimen diberitahu pendedahan bahawa Silk Road pada 24 Ogos tahun lalu membayar 1MDB sebanyak 4.25 bilion yuan (RM2.7 bilion) yang dikatakan bagi membeli yang dikatakan bagi membeli tanah milik kerajaan negeri seluas 234 ekar di Ayer Itam, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang membekukan tanah milik anak syarikat 1MDB, MyCity Ventures Sdn Bhd.

Ia menyebabkan pemindahan hak milik tanah kepada pembeli menjadi mustahil.

Anehnya, Silk Road tiada masalah mengeluarkan jumlah wang yang besar tanpa mendapat tanah itu, menurut jawapan bertulis Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada anggota parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai.

Urus niaga pada 24 Ogos itu berlaku hanya enam hari sebelum 1MDB membayar sebahagian daripada penyelesaian pertama berjumlah AS$ 1.2 bilion dengan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (IPIC).

CPP ialah kontraktor yang diupah oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) untuk dua projek saluran paip gas di Kedah dan Sabah.

Projek SSER mendapat perhatian apabila pentadbiran Pakatan Harapan mendedahkan bahawa SSER telah membayar kontraktor saluran paip China Petroleum Pipeline Bureau sebanyak AS$ 2 bilion (RM8.13 bilion) atau 88 peratus daripada nilai projek, walaupun kerja yang dibuat hanya siap kurang daripada 15 peratus sahaja.

[Baca berita asal]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.