Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lokman: Kain jingga tanda penghormatan, bukan ritual Hindu

SG KANDIS l Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis,
Datuk Lokman Noor Adam hari ini membidas kerajaan Pakatan Harapan yang didakwanya sebagai dalang di sebalik serangan di media sosial yang beliau menjalani ritual Hindu.

Sebalik, katanya, ketika berkempen di kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini, dirinya diberikan sehelai kain berwarna jingga yang dipakaikan pada bahagian badannya sebagai tanda penghormatan kepada mana-mana pemimpin.

“Ada serangan daripada kerajaan terhadap diri saya menggunakan sebaran Whatsapp dan mengeluarkan gambar saya seolah-olah sami Hindu di kuil Sri Maha Mariamman.

“Saya berucap di kuil itu dan saya diberikan kain berwarna oren sebagai tanda penghormatan oleh masyarakat India.

“Ini bukan bermakna saya sudah menjalani ritual Hindu. Nampak sangat mereka (HARAPAN) begitu risau dengan kita (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian di pejabat Umno Bahagian Kota Raja.

Lokman turut mendakwa pihak lawan mengedit gambar itu dengan meletakkan tiga garis putih dan tanda merah pada dahinya.

PRK itu menyaksikan Lokman bakal ditentang calon PKR yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, selain calon bebas, K Murthy.

PRK Sungai Kandis merupakan yang pertama selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Mat Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Pada 9 Mei lalu, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal ketiga, selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

 

Lihat Komen
ADS