Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad digesa mengkaji semula yuran pengajian perubatan yang sangat mahal, khususnya di institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

Naib Pengerusi PKR Melaka G Rajendran berkata, kerajaan baharu Pakatan Harapan perlu “menyelamatkan” ibu-bapa yang menghantar anak mereka mempelajari bidang perubatan.

"Kalau seorang anak ingin menjadi doktor, maka kedua ibu bapa akan menjadi 'pesakit'.

"Inilah realiti sebenar di Malaysia, yang rakyat merungut kerana yuran pengajian perubatan yang sangat tinggi,” katanya.

Katanya, yuran pengajian perubatan antara RM300,000 hingga RM1juta di IPTS, tanpa biasiswa atau pinjaman, ibu bapa akan kehilangan lebih separuh gaji mereka.

Malah, ada yang terpaksa mengambil pinjaman along, kata Rajendran kepada Malaysiakini.

Rajendran mendakwa yuran pengajian perubatan di Malaysia sangat tinggi kerana ia dikawal oleh segelintir orang dengan “bantuan” kerajaan terdahulu.

"Moratorium oleh Kementerian Kesihatan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan sehingga 2021, kononnya lambakan graduan doktor perubatan adalah satu penipuan oleh kerajaan terdahulu.

"Saya tegas dengan pendirian saya, pada tahun 2014, Kementerian Kesihatan ketika menjawab satu soalan di parlimen mengakui bahawa jumlah doktor perubatan di Malaysia adalah dalam lingkungan 30,000,” katanya.

Lihat Komen
ADS