Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas timbalan speaker bakal dilantik pengerusi PAC

Datuk Seri Ronald Kiandee bakal mencipta sejarah menjadi anggota parlimen pembangkang pertama yang menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Menurut aturan urusan mesyuarat Dewak Rakyat pada Isnin ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membentangkan usul itu pada hari itu.

Kiandee adalah anggota parlimen Umno dari Sabah dan menghabiskan dua penggal lalu sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Aturan urusan mesyarat juga menamakan anggota parlimen Ipoh dari DAP, Wong Kah Woh sebagai timbalan Kiandee.

Perkembangan ini membayangkan usaha pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk memberi jawatan itu kepada ketua pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berjaya.

Setakat ini, timbalan Speaker Nga Kor Ming berkata Zahid dicadangkan sebagai pengerusi PAC kerana kerajaan harap dapat mencontohi amalan parlimen di Britain dan Australia dengan melantik ketua pembangkang ke jawatan itu.

"Ini adalah langkah pertama ke arah reformasi parlimen. Kita telah menepati janji (untuk melantik pembangkang mengetuai PAC," katanya.

Kerajaan dulu melantik anggota parlimen kerajaan untuk memegang jawatan itu. Ia membawa kepada kritikan jawatankuaa itu tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya untuk menyemak cabang eksekutif.

Jika Zahid menerima jawatan itu, kata Nga lagi, beliau berharap anggota parlimen Bagan Datuk itu akan menyiasat skandal utama antaranya 1MDB serta kerugian Khazanah Nasional akibat pelaburan dalam syarikat pakaian dalam.

Bagaimanapun jika Zahid menolaknya, katanya lagi, beliau berharap jawatan itu tetap diberikan kepada anggota parlimen pembangkang.

PAC adalah jawatankuasa yang berkuasa besar untuk menyiasat kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan agensi kerajaan.

Lihat Komen
ADS