Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sita Equanimity: Peguam Jho Low kecam Dr Mahathir
Diterbitkan:  Aug 5, 2018 12:14 AM
Dikemaskini: 4:17 PM

Seorang peguam yang bertindak mewakili ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low, telah mengecam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas rancangan pihak berkuasa Indonesia untuk menyerahkan kapal persiaran mewah, Equanimity ke Malaysia.

Dalam kenyataan satu kenyataan, James F Haggerty, peguam yang mewakili Low berkata penyerahan kapal itu merupakan pelanggaran ketetapan mahkamah di Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

"Tindakan kerajaan Mahathir secara tidak sah mengambil aset ini menunjukkan betapa cepatnya kedaulatan berlunaskan undang-undang (the rule of law) luput dalam rejim Mahathir.

"Seperti yang dilakukannya dalam krisis kehakiman Malaysia pada tahun 1988, Mahathir menunjukkan kepada dunia bahawa rejim barunya masih tidak berminat pada kedaulatan undang-undang," kata Haggerty

Pada 28 Februari 2018 lalu, pihak berkuasa Indonesia merampas kapal itu atas permintaan Jabatan Keadilan AS (DOJ).

Minggu depan Equanimity serah ke M'sia

Namun, Pengadilan Negeri Jakarta Selatan memutuskan penyitaan itu tidak sah kerana permintaan bantuan hukum bersama (MLA) DOJ disalurkan langsung kepada polis Indonesia, meskipun undang-undang Indonesia mewajibkan permintaan MLA dilakukan melalui Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia.

Polis Indonesia sekali lagi naik ke atas kapal itu pada bulan Julai lalu ketika rundingan antara Jakarta dan Washington merampas Equanimity sedang berlangsung.

Hal ini selepas, DOJ mengemukakan permintaan mendapatkan bantuan undang-undang bersama (MLA) kepada Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada 19 April, yang dilakukan hampir dua bulan kemudian, iaitu pada 9 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili pengendali Equanimity itu berkata mahkamah Indonesia mesti terlebih dahulu memberi kelulusan kepada polis untuk mengeluarkan notis penyitaan rasmi terhadap kapal mewah itu.

Polis Indonesia memberitahu Malaysiakini, penyerahan kapal itu ke Malaysia akan dibuat pada awal minggu hadapan.

Lihat Komen
ADS