Rafizi rasmi tandingi jawatan timbalan presiden PKR
Diterbitkan: Aug 5, 2018 1:46 PM | Dikemas kini: Aug 5, 2018 1:49 PM
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini sah bertanding bagi jawatan timbalan presiden parti itu apabila wakilnya menghantar borang pencalonan kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Sementara itu, Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menghantar borang pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Wanita kira-kira 12 tengah hari.
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusof, sehingga tengah hari dua borang pencalonan bagi jawatan naib presiden diterima iaitu daripada Anggota Parlimen Selayang, William Leong dan bekas anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya Micheal Tamil.
Sebanyak 22 borang pencalonan diterima bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang menawarkan 20 jawatan.
- Bernama

