Seramai 30 individu mewakili pelbagai NGO mengadakan perhimpunan aman di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini bagi membantah cadangan lebuhraya Pan Island Link (PIL) yang pembinaannya dijangka merentasi bukit dan taman.

Mereka membawa sepanduk dengan slogan yang menyatakan bantahan terhadap projek berkenaan.

Projek itu dicadangkan oleh kerajaan negeri di bawah Pelan Induk Pengangkutan (PTMP) dengan rakan kerjasama SRS Consortium.

Antara yang hadir adalah bekas ADUN DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu, wakil Penang Forum Khoo Salma, Lim Mah Hui dan Chee Heng Leng.

Anggota jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia Choo Chon Kai dan wakil penduduk Tanjung Bungah Meena Raman turut hadir.

"Perlu ada lebih ketelusan dalam projek ini.

"Ramai warga Pulau Pinang tidak sedar bahawa projek pengangkutan oleh SRS kerana cadangan itu dikemukakan ketika Tahun Baru Cina dan sukar untuk mengaksesnya, kenapa terlalu berahsia?" soal Salma.

Salma juga berkata bahawa NGO-NGO berkenaan sudah berjumpa dengan Majlis Penasihat Kerajaan pada Jun dan mendapat sokongan agar projek berkenaan dikaji semula.

Pameran umum berhubung maklumat rundingan PIL kini sedang di diadakan di Pulau Pinang. Difahamkan, mesyuarat majlis perbandaran akan diadakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Persekitaran Yeo Bee Yin.

Lebuhraya PIL, yang merupakan komponen pertama PTMP dijangka menghubungkan pulau berkenaan dan menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.

Projek itu mendapat kritikan beberapa pihak kerana pembinaannya akan menjejaskan dua taman awam selain bahan letupan yang akan digunakan untuk membina terowong merentasi Bukit Pulau Pinang.

Sementara itu, semasa sesi soal jawab di DUN PKR, ADUN PKR Kebun Bunga Jason Ong Khan Lee bertanya sama ada penilaian kesan persekitaran (EIA) terperinci sudah dilakukan berhubung PTMP.

Dalam jawapan bertulis, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata terdapat tiga komponen PTMP: Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas, PIL, dan jalan utama serta terowong.

"Kerajaan negeri telah menyerahkan laporan EIA komponen berkenaan kepada jabatan Persekitaran untuk kelulusan.

"Laporan itu telah mendapat kebenaran Jabatan Persekitaran pada 7 November tahun lalu.

"Laporan EIA bagi projek PIL telah diserahkan kepada Jabatan Persekitaran pada 7 Mei tahun ini dan laporannya sedang dipamerkan kepada awam dari 11 Julai hinggan 10 Ogos.

"Bagi LRT Bayan Lepas, laporan EIA telah diserahkan kepada Jabatan Persekitaran pada 31 Mei tahun lali dan kerajaan negeri sedang menunggu maklumat lanjut dan keputusan berhubung perkara itu daripada Jabatan Persekitaran," kata Chow.

[Baca berita asal]