Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada bukti Zahid ada aset RM230 juta
Diterbitkan:  Aug 6, 2018 11:43 AM
Dikemaskini: 3:47 AM

Tiada bukti yang menunjukkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai aset RM230 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Dalam jawapan bertulis parlimen, Liew berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyiasat dakwaan berkenaan sekiranya terdapat bukti berkaitan.

Liew berkata demikian sebagai menjawab soalan Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) yang bertanya sama ada kerajaan akan menyiasat perkara itu.

Dakwaan berhubung kekayaan luar biasa Zahid muncul Ogos tahun lalu selapas beliau secara terbuka menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad berketurunan India dan menawarkan untuk menunjukkan kad pengenalan lama pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sebagai bukti.

Susulan itu, Dr Mahathir menuduh Zahid membuat pengisytiharan harta pada 1996 yang mencecah sembilan angka.

Ketika itu, Dr Mahathir merupakan presiden Umno dan Zahid merupakan ketua Pemuda Umno. Zahid menafikan dakwaan itu dan menuduh mengalu-alukan siasatan SPRM ke atasnya.

Zahid ketika itu berkata beliau adalah seorang ahli perniagaan, ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat dan merupakan pengerusi Bank Simpanan Nasional.

Zahid juga menggesa pihak berkuasa menyiasat sumber harta anak-anak Dr Mahathir.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS