Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tentera Nigeria tangkap komando Boko Haram
Diterbitkan:  Aug 6, 2018 12:52 PM
Dikemaskini: 4:54 AM

GLOBAL | Tentera Nigeria pada Ahad mengesahkan berjaya menahan seorang daripada komando kumpulan pengganas Boko Haram yang paling dikehendaki.

Suspek dikenali Maje Lawan, dipercayai pengganas yang ke-96 dalam senarai dikehendaki tentera, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.

Jurucakap tentera Texas Chukwu berkata, suspek ditangkap di kawasan kejiranan Banki di timur laut Borno selepas menyusup masuk ke sebuah kem pelarian.

"Suspek kini sedang disiasat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan lanjut," kata Chukwu.

Nigeria berhasil memerangi pemberontak Boko Haram, yang memaksa anggota kumpulan itu keluar dari tempat persembunyian di Sambisa.

Boko Haram didakwa bertanggungjawab menyebabkan lebih 20,000 orang terkorban dan 2.3 juta lagi terpaksa melarikan diri sejak tercetusnya keganasan pada 2009.

- Bernama

Lihat Komen
ADS