mk-logo
Berita
SPRM tahan pengurus bahagian syarikat lapangan terbang

Seorang pengurus bahagian yang bekerja di syarikat pengurus lapangan terbang komersial Malaysia Airports Sdn Bhd disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa membabitkan sewaan tapak perniagaan di lapangan terbang seluruh negara.

Menurut sumber, lelaki berusia 50 tahun itu menerima suapan secara bulanan sekitar RM500 hingga RM10,000 daripada pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan dan memperbaharui permohonan sewaan tapak perniagaan.

"Suspek dijangka direman di mahkamah Shah Alam esok pagi bagi membantu siasatan," kata sumber berkenaan.

Suspek ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 1:15 petang tadi ketika hadir untuk membantu siasatan kes terbabit.
 

Lihat Komen
ADS