Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Singapura: Pegawai kami tak jumpa Azmin
Diterbitkan:  Aug 7, 2018 12:10 PM
Dikemaskini: 4:12 AM

Kementerian Pengangkutan Singapura menafikan Menteri ekonomi Malaysia Datuk Seri Azmin Ali telah bertemu seorang “pegawai kanannya” di republik itu bagi membincangkan projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Seorang jurucakap kementerian itu berkata tiada pertemuan telah diadakan atau telah dijadualkan antara Azmin dan pegawainya.

“Setakat 6 Ogos 2018, kerajaan Malaysia masih tidak membuat penjelasan yang diminta Singapura dan tidak berhubung berkaitan cadangan tarikh untuk perbincangan itu,” menurut jurucakap seperti dilaporkan Today Online.

Semalam, Azmin memberitahu pemberita di parlimen bahawa beliau telah bertemu dengan beberapa pegawai di Singapura bagi membincangkan isu HSR.

Pertemuan itu dibuat ketika beliau melawat Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Tassin yang sedang mendapatkan rawatan di negara itu.

Azmin berkata pertemuan itu “amat positif”.

Beliau juga berkata pertemuan rasmi berkaitan perkara itu akan dibuat dalam tempoh sebulan dan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasminya tidak lama lagi.

Singapura telah menuntut keputusan rasmi Putrajaya berkaitan HSR sejak Jun lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS