Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
AG: Equanimity dirampas dengan waran dari mahkamah
Diterbitkan:  Aug 7, 2018 3:26 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Pejabat Peguam Negara (AG) sudah memperoleh waran tangkap bagi menyita kapal persiaran mewah Equanimity hari ini.

Menurut Peguam Negara Tommy Thomas waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Mahkamah Tinggi sudah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

"Justeru Equanimity diramas mengikut undang-undang Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kapal persiaran mewah itu - dan dikaitkan dalam skandal 1MDB dan ahli perniagaan yang sedang diburu, Jho Low - tiba di Pelabuan Kelang kira-kira jam 12.25 tengah hari ini.

Kapal bernilai kira-kira RM2 bilion itu asalnya ditahan pihak berkuasa Indonesia di Teluk Benoa, Bali, pada 28 Feb lalu hasil permohonan daripada Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Menurut Thomas sitaan ke atas Equanimity dilakukan hasil inisiatif DOJ yang menegaskan mengenai pemilikan kapal persiaran berkenaan bagi pihak Malaysia dan 1MDB kerana dana yang digunakan untuk membelinya.

"Hasil perjaanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) antara Malaysia, Indonesia dan AS yang diaktifkan baru-baru ini, rundingan yang teliti dan sensitif dilakukan di peringkat tertinggi pelbagai agensi di tiga negara bagi menyempurnakan hal ini," katanya.

Menurutnya antara agensi yang terlibat dalam operais itu ialah Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malayssia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pejabat AG.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS