Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tuan Ibrahim: Tiada pembahagian portfolio antara PAS dan Umno

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tiada pembahagian portfolio antara anggota parlimen parti itu dan Umno di Parlimen.

“Tak ada dan saya pun tak ada maklumat mengenainya," katanya yang merupakan anggota parlimen Kubang Kerian ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Ia bertentangan dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu bahawa anggota parlimen pembangkang, terutama Umno dan PAS, sudah diagihkan portfolio bagi membolehkan mereka fokus terhadap perkara khusus yang dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid berkata pembangkang tidak akan membentuk kabinet bayangan tetapi pembahagian portfolio itu diyakini dapat meningkatkan mutu perbahasan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS sebaliknya sudah membuat pembahagian portfolio itu kalangan pemimpinnya.

"Dalam PAS memang sudah ada jadual kabinet kita, yang jaga setiap kementerian. Saya fikir Umno pun begitu.

“Mungkin ada pertindihan, tetapi tak apa sebab (kedua-duanya) dalam blok pembangkang,” katanya.

Lihat Komen
ADS