Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Susah untuk BN dan PAS bekerjasama - Ku Li
Diterbitkan:  Aug 7, 2018 6:31 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

‘Susah’ untuk dua parti pembangkang, Barisan Nasional (BN) dan PAS untuk bekerjasama dalam memerintah negara, kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini kerana menurut beliau, kedua-dua parti mempunyai perjuangan serta haluan yang berbeza.

“Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis lalu, itu adalah percubaan pertama kerjasama antara BN dan PAS.

“Tak tahu lah gagal atau tidak, tapi zahirnya tidak berjaya berdasarkan keputusan yang diperolehi pada PRK itu.

“Kerjasama dan perjuangan kedua-dua gerakan parti, saya rasa susah untuk berlaku di peringkat bawahan kecuali diberi masa dan pentingnya penanaman fahaman bersatu untuk negara,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia, hari ini.

Tambah Razaleigh, apatah lagi BN dan PAS sudah ‘bercerai’ sejak sekian lama dan untuk kembali bersatu berjuang dalam arena politik negara dilihat sesuatu yang rumit.

Beliau mengulas mengenai kerjasama antara BN dan PAS dalam dua PRK iaitu di kerusi Sungai Kandis dan Seri Setia.

Tambah Razaleigh yang juga ahli Parlimen Gua Musang, kerjasama antara kedua-dua parti itu memerlukan rundingan yang mendalam dalam tempoh masa yang lebih lama supaya kata sepakat dapat dicapai.

“Kerjasama BN dan PAS perlu dilihat menerusi kes demi kes seperti kerjasama mereka dalam PRK Sungai Kandis.

“Rundingan betul-betul pwrlu diadakan, bukan sahaja di peringkat tampuk kepimpinan, malah akar umbi supaya kedua-dua pihak faham tujuan serta objektif adakan kerjasama,” katanya.

Lihat Komen
ADS