Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Laporan: Senggara Equanimity makan belanja RM3 juta sebulan
Diterbitkan:  Aug 7, 2018 7:19 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

Kapal persiaran Equanimity dianggarkan memakan belanja berjumlah RM 3 juta sebulan bagi kos penyenggaraannya, lapor media tempatan.

Peguam, Jeremy Joseph dipetik laporan Sinar Harian berkata, buat masa sekarang kerajaan akan menanggung semua kos penyelenggaraan kapal mewah milik ahli perniagaan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low itu.

Menurut laporan itu, siasatan bagi menentukan hak pemilikan kapal pula mungkin mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan.

“Siasatan berhubung pemilikan kapal mungkin ambil masa dalam enam ke sembilan bulan tapi mungkin lebih awal juga.

“Selain dari pemilikan, kita juga bincangkan penyelenggaraan kapal. Agak mahal untuk selenggara kapal itu. Untuk masa sekarang, kerajaan yang akan selenggara.

“Jumlah sebenar tak pasti tapi mungkin dalam RM3 juta tapi itu sekadar anggaran, belum tahu jumlah sebenar,” katanya, petik Sinar Harian.

Terdahulu, Joseph dipetik laporan akhbar itu telah melakukan pemeriksaan dalam kapal Equanimity bersama pasukan khas Jabatan Peguam Negara, di Pelabuhan Klang, hari ini.

“Selepas ini kita akan cuba cari cara untuk selenggara kapal tersebut. Itu yang kita akan cuba selesaikan terlebih dahulu,” katanya lagi

Kekemasan kayu, marmar

Joseph juga mendedahkan Equanimity dihiasi pelbagai kekemasan kayu dan marmar diperbuat dari dalam dan luar negara.

Seramai 16 orang daripada pasukan khas itu perlu memakai sarung kasut bagi memastikan bahagian dalaman kapal itu tidak calar atau rosak, petik laporan itu lagi.

“Kami tak dibenarkan memakai kasut sendiri, perlu pakai sarung kasut kerana perlu menjaga marmar dan lantai kapal.

“Keadaan dalam kapal dilihat agak mewah. Ada banyak gabungan kekemasan kayu dan marmar termasuk di bahagian dapur.

“Kekemasan itu gabungan dari dalam dan luar negara. Ada kekemasan yang diperbuat daripada kulit juga. Kapal itu kelihatan cantik, nampak mewah,” katanya, petik Sinar Harian.

Menjawab soalan pemberita yang bertanya jika Jho Low pernah menggunakan kapal itu, Jeremy berkata tidak mempunyai maklumat mengenai hal itu.

“Kapten dan krew kapal juga merupakan orang baru. Mereka baru saja tandatangan kontrak pada tiga minggu lepas.

“Kita juga telah mengeluarkan waran kepada kapal tersebut dan bercakap dengan kapten untuk mengetahui apa berlaku melibatkan kapal itu,” jelasnya.

Kapal persiaran mewah itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia di Teluk Benoa, Bali dan semalam, pihak berkuasa republik itu menyerahkan kapal itu kepada Malaysia di sempadan perairan kedua-dua negara.

Lihat Komen
ADS