Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PARLIMEN |  Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 walaupun mendapat bantahan daripada anggota parlimen pembangkang.

RUU itu sebahagian daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada September ini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU Cukai Jualan 2015.

RUU SST akan dibentangkan di Dewan Negara pula selepas ini.

Dalam ucapan penggulungannya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan kerajaan tidak dapat menjamin tidak ada kenaikan harga barang selepas sistem percukaian baru dilaksanakan.

Bagaimanapun, beliau percaya kesannya hanya separuh sahaja daripada akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata SST tidak akan dikenakan terhadap projek pembangunan kerajaan.

Menurutnya lagi, hal ini akan menjimatkan enam peratus perbelanjaan kerajaan.

Lihat Komen
ADS