Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kru Equanimity bimbang bila polis naik ke kapal - Kapten
Diterbitkan:  Aug 8, 2018 9:04 PM
Dikemaskini: 2:35 PM

Kapten Equanimity mendedahkan beliau "bimbang" apabila sekumpulan pegawai polis lengkap bersenjata naik ke atas kapal persiaran mewah itu ketika ia tiba ke perairan Malaysia semalam.

Bagaimanapun, sejak itu, warga Norway, Oystein Senneseth memberitahu Star Online bahawa kini anak kapalnya sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

"Secara jujurnya, pada awalnya kami ada sedikit kebimbangan... ia keadaan baru kepada semua orang.

"Tetapi selepas beberapa ketika mereka sudah biasa dan sudah menyesuaikan diri mereka," katanya dipetik laporan akhbar itu.

Equanimity diiringi empat bot polis marin Malaysia ketika kapal persiaran itu tiba di Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang semalam. Ketibaan kapal mewah itu disambut pegawai Pejabat Peguam Negara (AGC), polis, pegawai tentera laut, pihak media dan orang ramai.

Kapal itu diperiksa pegawai dan peguam AGC.

Mahkamah tentukan gaji anak kapal 

Senneseseth juga dipetik Star Online berkata kesemua 18 orang anak kapal telah dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia, berkata mereka "baik dan membantu." Bayaran gaji mereka akan ditentukan di mahkamah.

"Ia pengalaman baru dan buat saya, sangat penting untuk melakukan kerja dengan baik," katanya.

Kesemua anak kapal bebas juga bebas bergerak tetapi orang ramai masih dilarang naik ke atas Equanimity, tambahnya lagi.

Jurucakap kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, dikenali sebagai Jho Low, mendakwa Equanimity dibeli dengan harga AS$ 250 juta (kira-kira RM1 bilion) menggunakan dana yang didakwa pihak berkuasa Amerika Syarikat diselewengkan daripada 1MDB.

Pada Februari lalu, kapal itu dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia dan sejak itu menjadi pertikaian undang-undang antara Jabatan Keadilan AS (DOJ) dan sekumpulan syarikat yang mendakwa sebagai pemilik kapal layar itu.

Mengulas penyerahan Equanimity ke Malaysia, peguam Jho Low mengutuk penghantaran kapal tersebut sebagai campur tangan dalam proses mahkamah Indonesia, yang masih belum memutuskan penyitaan kapal itu.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tommy Thomas berkata pihaknya telah mendapatkan waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dengan demikian telah menyita kapal persiaran mewah itu dengan cara yang betul.

1MDB, berada di bawah pengurusan baru juga menuntut pemilikan kapal itu juga.

DOJ juga telah menukar permohonannya untuk menghentikan percubaan jabatan itu sebelum ini untuk menyita Equanimity sementara menunggu inkuiri mahkamah mengenai hasrat pihak berkuasa Malaysia mengendalikan perkara itu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata kapal persiaran mewah itu akan dijual kepada pembida tertinggi.

Lihat Komen
ADS