Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Felcra fail saman fitnah pada Sim, Roketkini
Diterbitkan:  Aug 9, 2018 4:50 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Felcra Bhd memfailkan saman fitnah ke atas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim dan editor portal DAP, Roketkini yang tidak dinamakan.

Saman berkenaan berhubung artikel yang disiarkan pada 12 Mac bertajuk "Peserta Felcra rugi RM600 juta setahun akibat urus niaga haram?".

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Omar Ismail Hazman & Co pada 6 Jun.

Berdasarkan kenyataan dakwaan, Felcra menyifatkan artikel berkenaan sebagai fitnah dan salah kerana menggambarkan Felcra terlibat dalam perdagangan haram dengan pihak ketiga sehingga menyebabkan kerugian serta melanggar jualan perahan minyak sawit dengan mengenakan kadar yang lebih rendah daripada kadar minimum.

Selain itu, Felcra juga mendakwa bahawa artikel berkenaan memberi gambaran bahawa Felcra tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab serta meraih keuntungan daripada peserta Felcra yang menyebabkan kerugian RM600 juta.

Tambah Felcra, artikel itu yang memetik Sim merosakkan reputasi syarikat mereka, serta disiarkan tanpa fakta yang kukuh sehingga menyebabkan kekeliruan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS