Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memberikan amaran kepada Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kerana mencarut ketika perbahasan, Selasa lalu.

Ariff, bekas hakim mahkamah rayuan, berkata beliau tidak akan teragak-agak menggunakan klausa 44 Peraturan Tetap Dewan Rakyat dengan mengarahkannya keluar Dewan.

“Maka saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak akan akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli berhormat yang gagal patuhi Peraturan Tetap tersebut.

“(Ini) termasuk mengarahkan keluar dari Dewan yang mulia ini, atau lain-lain hukuman seperti yang termaktub dalam Peraturan Tetap 44 tanpa mengira mana-mana pihak, khususnya mengenai tingkah laku YB Kinabatangan dan pertuturan lucah pada pada Ogos.

“Saya ingin nyatakan sekiranya tingkah laku yang sama diulang, Kinabatangan akan dikeluarkan dari dewan dengan serta-merta untuk satu tempoh yang diperuntukkan bawah Peraturan Tetap 44,” katanya.


Baca: Lagi carutan bergema dalam Dewan Rakyat


Ariff berkata demikian selepas menerima surat dengan tandatangan 56 anggota Dewan yang tidak berpuas hati dengan penggunaan perkataan carutan oleh Bung, pagi tadi.

Bung mencarut dalam bahasa Inggeris dua kali ketika dewan sedang membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018, selepas Willie Mongin (Harapan-Puncak Borneo) bertanya ada ada beliau ada pergi ke kasino.

Ramkarpal Singh (Harapan-Bukit Gelugor) bagaimanapun menuntut Bung dikenakan tindakan kerana mendakwa penarikan balik perkataan itu oleh anggota parlimen BN itu tidak tulen.

Dakwanya, Bung hanya mahu mengelakkan tindakan dikenakan padanya.

Lihat Komen
ADS