Paling Popular
Terkini

MCA akan menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 Sept ini, kata presidennya Liow Tiong Lai.

Jelas Liow, ia merupakan keputusan sebulat suara MCA yang akan dimaklumkan kepada pimpinan BN kemudian.

Ditanya sama ada ia bererti MCA akan keluar dari gabungan itu, Liow memetik peribahasa Cina.

"Biar saya ulang sekali lagi, BN sudah ming cun shi wang (BN hanya wujud pada nama, tapi realitinya sudah mati)," katanya.

Diminta mengulas lanjut, bekas menteri itu bagaimanapun memberi gambaran bahawa MCA masih komited untuk bersama dalam rangka kerja BN.

"MCA merupakan antara parti pengasas (BN). Bagaimana saya boleh kata saya meninggalkan BN, membubarkan BN. Itu bukan maksud saya. Saya cuba kata, mari tumpukan pada pembaharuan MCA terlebih dahulu.

"Kita perlu tumpukan pembaharuan parti masing-masing. Kami masih percaya pada masa depan parti kami.

"Cuma kita kini memasuki babak baru," katanya pada sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS