Nik Aziz dakwa pengundi Cina sokong PAS
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sokongan masyarakat Cina kepada PAS meyakinkan beliau parti itu akan berjaya mempertahankan kerusi negeri Pengkalan Pasir dalam pilihan raya kecil 6 Disember ini.
"Masyarakat Cina mengikuti perarakan penamaan calon, tampal poster, pasang sepanduk dan membina pintu gerbang bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri," katanya di Pasir Mas.

Bernama melaporkan, Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata sokongan terbuka oleh kaum Cina itu menunjukkan PAS diterima baik oleh masyarakat berbilang kaum di Kelantan.
"Saya seperti bapa seluruh rakyat Kelantan termasuk orang Cina, Melayu, India dan Siam, rakyat saya semua...tidak beri lebih perhatian kepada Melayu sahaja," katanya.
Pilihan raya kecil yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat PAS Wan Abdul Aziz Wan Jaafar pada 31 Okt lalu itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Hanafi Mamat, calon PAS Hanifa Ahmad dan calon Bebas Datuk Ibrahim Ali.