Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Korban gempa bumi di Lombok meningkat kepada 321 orang

GLOBAL | Jumlah mangsa korban gempa bumi di Pulau Lombok pada 5 Ogos lepas, meningkat kepada 321 orang, dan dikhuatiri terus bertambah ketika operasi mengenalpasti dan menyelamat mangsa di seluruh pulau itu masih diteruskan.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan lebih 67,000 rumah direkodkan musnah setakat ini, selain 468 sekolah, tiga hospital dan 10 pusat kesihatan, 15 masjid dan 20 bangunan turut musnah akibat gempa bermagnitud 7 Skala Richter itu.

"Adanya laporan tambahan kepada jumlah meninggal dunia (tetapi) masih dilakukan verifikasi. Jumlah kerugian harta benda setakat ini dianggarkan Rp2 trilliun," kata Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi membantu mangsa gempa di pulau itu juga menghadapi banyak rintangan kerana gempa bumi susulan masih berlaku.

"Lebih 300 gempa susulan bermagnitud rendah dicatatkan sejak gempa kuat 7 Skala Richter (Ahad lepas), dan semalam (Khamis), gempa bumi bermagnitud 6.2 Skala Richter menggoncang Lombok Utara pukul 12.25 tengah hari, ia menyukarkan pasukan penyelamat memberi bantuan perubatan, makanan dan sebagainya ke kawasan tertentu," katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS