Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Moscow sifatkan sekatan baru AS sebagai perang ekonomi

GLOBAL | Moscow menyifatkan sekatan baharu yang dikenakan Washington ke atas Rusia sebagai langkah untuk mewujudkan perang ekonomi, kata Perdana Menteri Dmitry Medvedev pada Jumaat.

"Apa yang boleh saya katakan: jika mereka (AS) melarang urusan perbankan atau menggunakan mata wang, kami anggap negara itu berniat untuk mengisytiharkan perang ekonomi," katanya semasa lawatannya ke timur Semenanjung Kamchatka, lapor Xinhua.

"Jika perlu kita akan bertindak balas sama ada - menerusi ekonomi, politik atau dengan cara lain," tambahnya.

Pada Rabu, Jabatan Negara AS mengumumkan sekatan baharu ke atas Rusia yang didakwa menggunakan agen saraf dalam usaha membunuh bekas ejen risikan Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya di United Kingdom pada Mac lalu.

Moscow menganggap sekatan tersebut langkah tidak mesra dan boleh menggugat hubungan yang dibina, selepas sidang kemuncak antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Donald Trump berlangsung baru-baru ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS