Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nisha: Saya tidak pernah beri izin potret saya digunakan

Aktivis Transgender Nisha Ayub telah mendedahkan bahawa dia tidak pernah memberi izin untuk potretnya digunakan untuk pameran di Pulau Pinang dan juga tidak membantah arahan kerajaan untuk menurunkannya.

Bercakap selepas satu pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa dan timbalannya, Fuziah Salleh malam tadi, Nisha berkata beliau lebih memandang berat terhadap kesan negatif yang mungkin berlaku terhadap komuniti transgender ekoran paparan awam potretnya.

"Saya tidak dimaklumkan sebelum ini dan saya tidak tahu mengenai pameran itu sehingga saya ditag di Facebook dan ia menjadi virus (dalam talian).

"Ia ok sekiranya gambar saya diturunkan, ini bukan isu besar bagi saya tetapi saya hanya bimbang tentang kesannya kepada komuniti itu.

"(Apa) yang saya dapat dari keseluruhan senario, adalah kebencian. Orang menghantar mesej membenci saya, mesej (yang berkata mereka mahu) membunuh saya... malah gambar saya dengan seekor babi (superimposed) di wajah saya," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Islam di Putrajaya.

Dia kemudian menjelaskan bahawa gambarnya telah diambil sebagai sebahagian daripada pameran berasingan tahun lalu tetapi kemudian digunakan semula tanpa izinnya.

Dia juga berkata dia tidak membuat sebarang laporan polis tentang ancaman itu kerana dia tidak dapat mengenal pasti mereka yang 'menyerangnya'.

Bagaimanapun, Nisha berkata dia "dibanjiri" curahan sokongan yang dia terima ekoran kejadian itu.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS