Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menaiki kapal pesiar mewah yang terkait dengan skandal 1MDB, Equanimity.

Beliau tiba di jeti Pelabuhan Kelang - di mana kapal bernilai RM1 bilion itu dilabuhkan - kira-kira pukul 11.40 pagi tadi dan terus dibawa ke dok.

Sejumlah 13 orang dibenarkan masuk ke dalamnya, antaranya Mahathir, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, timbalannya Liew Chin Tong dan Menteri Kewangan lim Guan Eng, selepas mendapat kebenaran mahkamah semalam.

Ia mengambil masa kira-kira sejam dan sidang media akan diadakan selepas itu.

Equanimity kali pertama dirampas pihak berkuasa Indonesia pada 28 Februari lalu.

Ia kemudian menjadi pertikaian undang-undang antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan pemilik berdaftarnya Equanimity (Cayman) Ltd.

Firma itu didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho melalui perantara.

Saman DOJ untuk merampas kapal itu adalah satu daripada 30 saman perampasan sivil yang dibuat jabatan itu, untuk merampas aset yang didakwa dibeli melalui wang yang diselewengkan daripada 1MDB dan melalui sistem kewangan Amerika Syarikat.

Susulan pertembungan antara DOJ dan Equanimity (Cayman) Ltd, Indonesia kemudian membawa kapal itu ke Zon Perdagangan Bebas Batam untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 6 Ogos lalu.

Equanimity tiba di Pelabuhan Kelang sehari kemudian.

Lihat Komen
ADS