Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan kibar bendera koyak-rabak, kata Baru Bian
Diterbitkan:  Aug 11, 2018 2:21 PM
Dikemaskini: 7:17 AM

Rakyat Malaysia diminta agar tidak mengibarkan Jalur Gemilang yang koyak-rabak atau usang oleh kerana perbuatan itu memalukan imej dan kedaulatan negara, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata perbuatan mengibarkan Jalur Gemilang yang koyak-rabak sepanjang bulan yang telahpun diisytiharkan sebagai Bulan Kemerdekaan akan memberi gambaran buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

“Ayuh kita kibarkan bendera dengan penuh rasa bangga dari pejabat, premis perniagaan dan rumah kita. Kita mesti memberi gambaran yang baik terutamanya kepada orang luar,” katanya ketika merasmikan pertandingan Pidato Patriotik di Dewan Suarah Sibu anjuran Jabatan Penerangan Negeri di Sibu hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS