Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: Tumpu laksana janji manifesto berbanding kritik k'jaan dulu
Diterbitkan:  Aug 11, 2018 3:56 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kerajaan sekarang lebih kerap mengkritik dan membongkar kesalahan kerajaan BN dulu berbanding usaha melaksanakan manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

Dalam wawancara bersama Berita Harian hari ini, beliau menegur perkara itu dan menawarkan formula 80:20 - 80 peratus tumpuan kepada rancangan yang ingin dilaksanakan dan 20 peratus kritikan terhadap pentadbiran BN.

Katanya, beliau faham menteri dan anggota parlimen HARAPAN di Dewan Rakyat "menyampah" dengan BN yang seperti tiada kena-mengena dengan masalah tinggalan kerajaan dulu yang perlu dihadapi pentadbiran kini.

"...Sebab itu timbul kritikan, sindiran, serangan serta macam-macam pembongkaran. Kalau pun hendak menegur, biarlah 20 peratus saja manakala 80 peratus ditumpukan kepada rancangan kita dan apa yang mahu kerajaan laksanakan," katanya seperti dipetik.

Beliau berkata antara perkara yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan adalah isu harga barang, harga minyak dan kedudukan ekonomi negara.

Bekas anggota parlimen Pandan itu sendiri dilihat mengambil langkah berbeza iaitu dengan menyuarakan kritikan terhadap kerajaan - antaranya dalam isu kemungkinan kenaikan tarif elektrik dan cadangan kereta nasional ketiga.

Beliau berkata lagi, rakyat faham masalah yang dihadapi kerajaan HARAPAN dalam memikul tinggalan kerajaan dulu dan boleh memberi masa untuk kerajaan menyelesaikannya.

"Namun, kalau rakyat melihat (kerajaan) tidak ada kerja lain, asyik tumpu kepada pembongkaran dan menyerang pembangkang maka kesabaran rakyat akan terhakis dengan lebih cepat," katanya lagi seperti dipetik.

Lihat Komen
ADS