Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Muhyiddin kembali bertugas minggu depan
Diterbitkan:  Aug 11, 2018 4:31 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kembali bertugas minggu hadapan susulan keadaan kesihatannya yang semakin bertambah baik, maklum setiausaha akhbarnya.

Dalam suatu kenyataan yang dimuatnaik pada halaman Facebook hari ini, setiausaha akhbarnya, Hafiz Abdul Halim mengatakan Muhyiddin akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Pagoh pada 14 Ogos ini.

Muhyiddin mengambil cuti sakit panjang semenjak pertengahan bulan Julai selepas melalui pembedahan yang berjaya membuang ketumbuhan dalam pankreasnya, yang menurut Hafiz sebelum ini masih pada tahap awal lagi.

Dalam ketiadaan Muhyiddin, tugas-tugas kementerian diambil alih Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Atas nasihat doktor, beliau akan menjalani rawatan susulan termasuk kimoterapi untuk tempoh enam bulan sebagai langkah untuk memastikan masalah ketumbuhan beliau tidak berulang.

"Pihak pejabat menteri dalam negeri ingin memaklumkan bahawa tugas-tugas rasmi Tan Sri Muhyiddin (Yassin) adalah agak terhad sepanjang beliau menjalani rawatan susulan. Ini adalah untuk memastikan beliau dapat menjalani rawatan dengan sempurna dan pulih sepenuhnya," kata kenyataan itu.

Semalam Dr Mahathir mendedahkan menziarahi Muhyiddin dan berkata Presiden BERSATU itu akan melalui rawatan kimoterapi.

Lihat Komen
ADS