Umat Islam sambut Aidiladha pada 22 Ogos ini
Diterbitkan: Aug 11, 2018 9:28 PM | Dikemas kini: Aug 11, 2018 9:28 PM
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu 22 Ogos ini, demikian diumumkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malam ini.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 22 Ogos 2018," demikian menurut kenyataan itu.
- Bernama

