Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Editor Sarawak Report terbit buku kisah belakang tabir 1MDB
Diterbitkan:  Aug 12, 2018 11:10 AM
Dikemaskini: 3:16 AM

Buku tentang perjalanan wartawan kelahiran Sarawak Clare Rewcastle-Brown dalam mendedahkan skandal 1MDB akan mula dijual di kedai buku tempatan dalam beberapa minggu lagi.

Ditulis oleh Rewcastle-Brown sendiri, buku berkenaan akan memberi pembaca gambaran bagaimana editor Sarawak Report itu terlibat dalam mendedahkan rasuah di Malaysia dan pengalamannya sebagai wartawan penyiasat.

"Saya membuat keputusan untuk bercakap tentang kisah hidup yang saya dan orang lain tempuhi, dan sudah tentu saya mempunyai gambaran besar tentang apa yang terjadi di belakang tabir kerana saya terlibat secara dekat.

"Saya tahu ramai orang mahu tahu bagaimana saya dapat berita, bagaimana ia berakhir, apa yang boleh dan tak boleh, jadi saya pergi kerja untuk mendapatkan berita di sebalik berita," katanya dalam wawancara khas bersama pengasas Malaysiakini Premesh Chandran, Khamis lalu.

Tambahnya, bukunya yang bertajuk Sarawak Report - yang digunakan sempena nama portal beritanya - akan mengandungi kisahnya seawal 2010.

Pada Rewcastle-Bround mengasaskan siaran Radio Free Sarawak dan portal berita Sarawak Report, yang kini menjadi mediumnya untuk menyorot isu-isu rakyat Malaysia terutamanya berkaitan rasuah.

"Ia akan jadi buku yang agak besar kerana ia adalah tentang kenapa saya terlibat dan menulis pasal isu-isu rakyat Malaysia, isu-isu rakyat di Sarawak. Sebenarnya, saya baru sedar saya mula sejak 2010, jadi kini sudah lebih 5 tahun.

"Saya fikir rakyat Malaysia akan berminat untuk mendengar pemerhatian orang luar tentang apa yang terjadi dan bagaimana berita itu boleh ditulis dan seumpamanya," katanya

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS