Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perkhidmatan pembinaan, kos bahan binaan dikecualikan SST
Diterbitkan:  Aug 12, 2018 1:44 PM
Dikemaskini: 5:48 AM

Perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan akan dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata tekanan ke atas harga rumah, bangunan industri dan bangunan komersial dijangka akan diringankan dengan pemansuhan GST dan pengecualian cukai SST.

"Di bawah regim GST, bahan-bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir dan lain- lain bahan pembinaan dikenakan GST pada kadar 6 peratus. Di samping itu, perkhidmatan pembinaan juga turut dikenakan GST sebanyak 6 peratus.

"Ini telah mengakibatkan kos pembinaan meningkat di bawah era GST, termasuk kenaikan harga rumah," katanya.

Lim turut menyatakan antara contoh-contoh bahan pembinaan yang tidak dikenakan SST adalah simen, pasir dan besi.

Tambah Lim lagi, dengan perkembangan itu, kerajaan persekutuan berharap kos pembinaan akan menjadi lebih rendah.

"Dengan cadangan pengecualian barang-barang tersebut daripada dikenakan SST dan kaedah implementasi cukai SST yang lebih baik berbanding GST, pihak pemaju dan pembeli harus mendapat faedah daripada pengurangan beban cukai ini," katanya.

GST dimansuhkan di Dewan Rakyat Khamis lalu selepas rang undang-undang pemansuhan cukai berkenaan diluluskan.

Lihat Komen
ADS