Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rafizi mahu tubuh koperasi jaga kebajikan anggota PKR
Diterbitkan:  Aug 12, 2018 3:04 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

Naib presiden PKR Rafizi Ramli dilapor mendedahkan rancangannya untuk menubuhkan koperasi untuk anggota partinya.

Dalam wawancara Malay Mail, Rafizi berkata ramai anggota PKR kehilangan pekerjaan ketika gerakan Reformasi 1998.

"Lepas kita menang, mereka masih tak dapat apa-apa.

"Saya fikir ini masanya untuk parti menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.

"Kebanyakan anggota kita adalah golongan pekerja. Mereka jual nasi lemak, mereka kerani bergaji rendah," katanya dalam wawancara berkenaan.

Rafizi juga dilapor berkata bahawa beliau sedang berusaha mendapatkan RM50 juta modal berbayar bagi tujuan penubuhan koperasi itu.

Antara lain, katanya, koperasi berkenaan akan menyediakan plan mikro kredit, latihan, ruang sewa murah dan pemasaran kepada anggota PKR yang memerlukan.

Dalam pemilihan PKR akan datang, Rafizi akan mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi jawatan timblan presiden.

Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjawat jawatan presiden PKR selepas menang tanpa bertanding.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS